Allah mempunyai 99 nama. Namma itu di kenali sebagai al-Asmaul Husnaa. Antara nama Allah termasuk ar-Rahmaan dan ar-Rahiim.
*ar-Rahmaan : Allah Maha Pemurah
- Sifat Pemurah Allah kepada semua makhluk. Semuanyya mendapat nikmat semasa hidup di dunia ini.
*ar-Rahiim : Allah Maha Pengasih
- Sifat Pengasih Allah kepada manusia yang beriman sahaja. Kasih sayang ini berterusan sehigga hari akhirat.
* Dalil nakli Allah bersifat ar-Rahmaan dan ar-Rahiim terdapat dalam surah al-Hasyr Ayat 59 yang bermaksud : Dialah Allah, yang tiada tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
*Tanda-tanda ar-Rahmaan & ar-Rahiim Allah terhadap hamba-Nya;
-Mengurniakan akal fikiran
-Memberikan nikmat kesihatan
-mengurniakan rezeki secara berterusan
-Mengurniakan al-Quran sebagai panduan hidup
-Mengutuskan Nabi dan Rasul
-Memberi manusia peluang untuk bertaubat
*Cara-cara menjadi seorang yang pemurah
- Suka bersedekah walaupun sedikit.
- Bersimpati dan menolong orang yang susah.
- Yakin dengan ganjaran yang Allah sedikit.
- mencontohi amalan orang yang pemurah.
- Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.
No comments:
Post a Comment
Sila Komen