Wednesday, 5 December 2012

Pekerjaan Nabi

Mari Dengar Cerita

Assalamu'alaikum semua,
Di sini saya akan ceritakan tentang kisah pekerjaan Nabi semasa kecil.

      Di lahirkan yatim kematian ayahanda,
      Kesayangan bonda juga nenda,
      Pekejaan baginda amat mulia,
      Mengembala kambing juga berniaga.

Rakan-rakan sekalian,
      Nabi Muhammad S.A.W telah mula mengembala kambing sejakk kecil lagi, Semasa dalam asuhan ibu susuannya di perkampungan Bani Sa'ad. Semasa tinggal bersama Abu Talib, Nabi membantu bapa saudaranya berniaga. Ketika berumur 12 tahun, baginda telah di bawa menyertai kabilah perdagangan ke Syam. Nabi Muhammad S.A.W seorang yang bijaksana dan jujur dalam pekerjaan.

Setelah kematian datuknya Abdul Mutalib, Nabi Muhammad S.A.W. telah di asuh oleh bapa saudaranya Abu Talib. baginda sangat sayang akan Abu Talib. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab kasih dan simpati baginda terhadap keluarga Abu Talib, baginda telah bekerja untuk membentuk bapa saudaranya.

 _______________________________________________________________________________

Faktor yang mendorong Nabi Muhammad S.A.W  bekerja:-
1. Belajar hidup berdikari.
2. Prihatin terhadap keluarga.
3. Membantu meringankan beban keluarga.
4. Bersimpati terhadap kesusahan orang lain.
5. Mencari rezeki yang halal daripada usaha sendiri.

_________________________________________________________________________________

Akhlak Nabi Dalam Melaksanakan Pekerjaan
 1. Ikhlas
2.Tabah
3. Sabar
4. Amanah
5. Rajin
6. Gigih

_________________________________________________________________________________

Iktibar yang dapat di ambil daripada ppekerjaan Nabi
1. Tidak mudah berputus asa.
2. Sanggup menempuh kesulitan.
3. Bekerja dengan ikhlas.
4. Jujur dalam melaksanakan tugas.
5. Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
6.Bersungguh-sungguh dalam menjalankan pekerjaan.

________________________________________________________________________________


    





No comments:

Post a Comment

Sila Komen