* QIDAM ialah sifat wajib bagi Allah. Erti Qidam Ialah Sedia. Maksudnya tiada permulaan dan tiada kesudahan. Sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk. Hukum mempercayainya adalah wajib.
* Dalil Nakli Allah bersifat Qidam terdapat dalam Surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud Dialah (Allah) yang awal dan yang akhir.
* Dalil aklii Allah bersifat Qidam
- Sifat Allah berbeza dengan sifat makhluk yang lain. Allah tiada permulaan dan tiada kesudahan. Makhlukpula ada permulaan dan ada kesudahan. Contoh, kitaran hidup seekor ayam.
* Kesan mempercayai Allah bersifat Qidam
1. Kagum akan kehebatan Allah
2. Insaf akan kelemahan diri
3. iman makin bertambah
4. Patuh kepada perintah Allah
5. Menjauhi larangan Allah
6. Redha dengan ketentuan Allah
No comments:
Post a Comment
Sila Komen