Wednesday, 5 December 2012

Al-Affu & Al-Ghafur

Allah bersifat al-Affu dan al-Ghafur.

* al-Affu ertinya Allah Maha Pemaaf.

* al-Ghafur ertinya Allah Maha Pengampun

* Dalil nakli Allah mengampunkan semua makhluk-Nya terdapat di ddalam surah an-Nisa' ayat 99 yang bermaksud "dan (ingatlah Allah Maha Pemaaf lagi maha Pengampun".

* Apabila melakukan kesalahan kepada Allah, hendaklah bertaubat. Jika bersalah kepada manusia, hendaklah memohon maaf. Oleh itu, kita hendaklah memberi dan memohon maaf antara satu sama lain.

* Jalan Ke Pintu Syurga
- Sebagai seorang Islam, kita hendaklah mengetahui dan mengenal cara memohon keampunan kepada Allah. Antaranya:-
1. Bersungguh-sungguh memohon keampunan Allah.
2. Menginsafi dosa-dosa lalu.
3. Meninggalkan dosa-dosa kecil.
4. Selalu beristighfar dan melakukan amalan-amalan sunat.
5. Berazam tidak mengulangi dosa besar.

* Kesan beriman dengan sifat al-Affu dan al-Ghafur Allah

1. Berakhlak mulia
2. Mendapat ketenangan jiwa
3. Dihormati masyarakat
4. Mendapat rahmat Allah
5. Redha dengan ketentuan

No comments:

Post a Comment

Sila Komen