Monday, 10 December 2012

Assalamu'alaikum w.b.t...

Nota bagi bidang Akidah telah di kemaskini. Diharapkan kita semua mendapat manfaat daripadanya. Selamat membaca.

Wednesday, 5 December 2012

Selamat malam anakku sayang

Berkati langkahku

Sekolahku syurgaku

Pekerjaan Nabi

Mari Dengar Cerita

Assalamu'alaikum semua,
Di sini saya akan ceritakan tentang kisah pekerjaan Nabi semasa kecil.

      Di lahirkan yatim kematian ayahanda,
      Kesayangan bonda juga nenda,
      Pekejaan baginda amat mulia,
      Mengembala kambing juga berniaga.

Rakan-rakan sekalian,
      Nabi Muhammad S.A.W telah mula mengembala kambing sejakk kecil lagi, Semasa dalam asuhan ibu susuannya di perkampungan Bani Sa'ad. Semasa tinggal bersama Abu Talib, Nabi membantu bapa saudaranya berniaga. Ketika berumur 12 tahun, baginda telah di bawa menyertai kabilah perdagangan ke Syam. Nabi Muhammad S.A.W seorang yang bijaksana dan jujur dalam pekerjaan.

Setelah kematian datuknya Abdul Mutalib, Nabi Muhammad S.A.W. telah di asuh oleh bapa saudaranya Abu Talib. baginda sangat sayang akan Abu Talib. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab kasih dan simpati baginda terhadap keluarga Abu Talib, baginda telah bekerja untuk membentuk bapa saudaranya.

 _______________________________________________________________________________

Faktor yang mendorong Nabi Muhammad S.A.W  bekerja:-
1. Belajar hidup berdikari.
2. Prihatin terhadap keluarga.
3. Membantu meringankan beban keluarga.
4. Bersimpati terhadap kesusahan orang lain.
5. Mencari rezeki yang halal daripada usaha sendiri.

_________________________________________________________________________________

Akhlak Nabi Dalam Melaksanakan Pekerjaan
 1. Ikhlas
2.Tabah
3. Sabar
4. Amanah
5. Rajin
6. Gigih

_________________________________________________________________________________

Iktibar yang dapat di ambil daripada ppekerjaan Nabi
1. Tidak mudah berputus asa.
2. Sanggup menempuh kesulitan.
3. Bekerja dengan ikhlas.
4. Jujur dalam melaksanakan tugas.
5. Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
6.Bersungguh-sungguh dalam menjalankan pekerjaan.

________________________________________________________________________________


    





ikatan kasih Rasulullah

Batu dari Syurga

Taati perintah Allah

FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH

* Fardhu Ain
- Perkara yang dituntut kepada setiap orang Islam supaya melakukannya.
- Perintah Allah untuk individu muslim.
- Wajib dilakukan oleh setiap orang Islam.
- Berdosa bagi yang tidak melakukannya.
- Contoh : Solat fardhu, mengeluarkan zakat, taat kepada ibubapa, mensyukuri nikmat Allah, menutup aurat, menuntut ilmu agama, belajar membaca al-Quran.



* Fardhu Kifayah
- Perkara yang dituntut kepada semua umat Islam setempat. Apabila ada yang melakukannya, maka gugurlah tuntutan itu terhadap orang lain.
- Perintah Allah untuk masyarakat Islam setempat.
- Jika tidak ada yang melakukannya, semua akan berdosa.
- Jika ada yang melakukannya, gugurlah tuntutan itu ke atas orang lain.
- Contoh : Menguruskan jenazah, mempertahankan negara, menjadi peniaga, merawat pesakit, belajar komputer, bekerja sebagai guru besar.

Solat tiang agama

* SOLAT ialah perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

* Kita wajib mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
- Solat Subuh : 2 rakaat
- Solat Zuhur : 4 Rakaat
- SSolat Asar : 4 Rakaat
- Solat Maghrib : 3 Rakaat
- solat Isya' : 4 Rakaat

* Dalil disyariatkan wajib Solat, terdapat di dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud " Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat".

* Faedah mendirikan solat.
- Mendapat pahala
- Meneguhkan iman
- Membentuk akhlak mulia
- Terpelihara daripada dosa
- Keredhaan Allah

Takbiratul ihram & lafaz niat

Mari Bersolat

Sempurnakan solatku


Kenali Malaikat

* Malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya. kita wajib beriman dengan kewujudannya.

* Bilangan Malaikat tidak terkira banyaknya. Kita wajib mengetahui 10 nama Malaikat.

* 10 Malaikat

1. Jibrail : Menyampaikan wahyu
2. Mikail : Memberi rezeki
3. Israfil : Meniup Sangkakala
4. Izrail : Mengambil nyawa
5. Mungkar 6. Nakir : Menyoal di dalam kubur
7. Raqib : Mencatat perbuatan baik
8. 'Atid : Mencatat perbuatan jahat
9. Malik : Menjaga Neraka
10. Ridhwan : Menjaga Syurga

* Perbezaan sifat Malaikat dengan sifat Manusia

* Sifat Malaikat
- Tiada nafsu
- Bukan lelaki dan bukan perempuan
- Tidak berkahwin
- Semua taat kepada Allah
- Tidak makan, minum dan tidur

* Sifat manusia
- Mempunyai nafsu
- Ada lelaki dan perempuan
- Berkahwin
- Ada yang taat dan ingkar
- Makan, minum dan tidur

* Kesan beriman kepada Malaikat :
- Berakhlak mulia
- Taat kepada perintah Allah
- Ikhlas melakukan amal kebaikan
- iman bertambah mantap
- Bersyukur dengan nikmat Allah

Rasul pemimpin Umat

* Pengertian Nabi

- lelaki pilihan Allah
- Mendapat wahyu daripada Allah
- Wahyu untuk panduan dirinya sahaja
- Tidak wajib menyampaikan wahyu kepada orang lain

* Pengertian Rasul

- Lelaki pilihan Allah
- Mendapat wahyu daripada Allah
- Wahyu untuk panduan dirinya
- Wajib menyampaikan wahyu orang lain

* Hukum beriman kepada Nabi dan Rasul adalah wajib.

* Bilangan Nabi dan Rasul sangat ramai. Kita di wajibkan mengetahui 25 orang Rasul sahaja. Nama-nama ini terdapat dalam Al-Quran.

* Mari Mengenal 25 Nabi:-
1. Adam
2. Idris
3. Nuh
4. Hud
5. Soleh
6. Ibrahim
7. Luth
8. Ismail
9. Ishak
10. ya'kub
11. Yusuf
12. Ayub
13. Syu'ib
14. Musa
15. Harun
16. Zulkifli
17. Daud
18. Sulaiman
19. Ilyas
20. Ilyasa'
21. Yunus
22. Zakaria
23. Yahya
24. 'Isa
25. Muhammad

* Tugas-tugas Rasul
- Menyeru manusia beriman kepada Allah
- Menyampaikan perintah Allah dan larangannya
- Membimbing manusia cara beribadah
- Mendidik manusia cara hidup isala

* Cara beriman kepada Rasul
- Meyakini Nabi dan Rasul sebagai utusan Allah
- Mematuhi apa-apa yang diperintahkan
- Mengamalkan ajaran disampaikan
- Mencontohi akhlak para Rasul

* Sifat-sifat Rasul

Sifat Wajib
- Benar
- Jujur
- Menyampaikan
- Bijaksana

Sifat Mustahil
- Dusta
- Tidak jujur
- Menyampaikan
- Bodoh

Sifat harus
- Bersifat seperti manusia biasa. Contoh : Bekerja, sakit, makan dan sebagainya.

* Kesan beriman kepada Rasul
- Mencintai Rasul
- Berakhalak mulia
- Hidup sejahtera
- Menjadikan sunat sebagai Masyarakat bersatu padu
- Negara aman damai
-




Allah bersifat Wujud

ALLAH ITU WUJUD

* WUJUD ertinya ADA.
* Wujud ialah salah satu daripada 20 sifat wajib bagi Allah. Kita wajib mempercayainya.
* Dalil Nakli Allah bersifat Wujud terdapat dalam Surah al-Ikhlas ayat 1 yang bermaksud Katakanklah ( Wahai Muhammad ) ( Tuhanku ) ialah Allah Yang Maha Esa.

* Antara bukti-bukti kewujudan Allah:
DI LANGIT:
1. Bulan
2. Matahari
3. Bintang
4. Halilintar

DI BUMI
1. Manusia
2. Tumbuh-tumbuhan
3. Batu-batan
4. Haiwan

* Kesan mempercayai kewujudan Allah
1. Sentiasa mengingati Allah
2. Mengagungkan kebesaran Allah
3. Meningkatkan keimanan
4. Ikhlas melakukan ibadah

Allah bersifat Qidam

* QIDAM ialah sifat wajib bagi Allah. Erti Qidam Ialah Sedia. Maksudnya tiada permulaan dan tiada kesudahan. Sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk. Hukum mempercayainya adalah wajib.

* Dalil Nakli Allah bersifat Qidam terdapat dalam Surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud Dialah (Allah) yang awal dan yang akhir.

* Dalil aklii Allah bersifat Qidam
- Sifat Allah berbeza dengan sifat makhluk yang lain. Allah tiada permulaan dan tiada kesudahan. Makhlukpula ada permulaan dan ada kesudahan. Contoh, kitaran hidup seekor ayam.

* Kesan mempercayai Allah bersifat Qidam
1. Kagum akan kehebatan Allah
2. Insaf akan kelemahan diri
3. iman makin bertambah
4. Patuh kepada perintah Allah
5. Menjauhi larangan Allah
6. Redha dengan ketentuan Allah

Ar-Rahmaan & Ar- Rahiim

Allah mempunyai 99 nama. Namma itu di kenali sebagai al-Asmaul Husnaa. Antara nama Allah termasuk ar-Rahmaan dan ar-Rahiim.

*ar-Rahmaan : Allah Maha Pemurah
- Sifat Pemurah Allah kepada semua makhluk. Semuanyya mendapat nikmat semasa hidup di dunia ini.

*ar-Rahiim : Allah Maha Pengasih
- Sifat Pengasih Allah kepada manusia yang beriman sahaja. Kasih sayang ini berterusan sehigga hari akhirat.

* Dalil nakli Allah bersifat ar-Rahmaan dan ar-Rahiim terdapat dalam surah al-Hasyr Ayat 59 yang bermaksud : Dialah Allah, yang tiada tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

*Tanda-tanda ar-Rahmaan & ar-Rahiim Allah terhadap hamba-Nya;
-Mengurniakan akal fikiran
-Memberikan nikmat kesihatan
-mengurniakan rezeki secara berterusan
-Mengurniakan al-Quran sebagai panduan hidup
-Mengutuskan Nabi dan Rasul
-Memberi manusia peluang untuk bertaubat

*Cara-cara menjadi seorang yang pemurah
- Suka bersedekah walaupun sedikit.
- Bersimpati dan menolong orang yang susah.
- Yakin dengan ganjaran yang Allah sedikit.
- mencontohi amalan orang yang pemurah.
- Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.

Al-Affu & Al-Ghafur

Allah bersifat al-Affu dan al-Ghafur.

* al-Affu ertinya Allah Maha Pemaaf.

* al-Ghafur ertinya Allah Maha Pengampun

* Dalil nakli Allah mengampunkan semua makhluk-Nya terdapat di ddalam surah an-Nisa' ayat 99 yang bermaksud "dan (ingatlah Allah Maha Pemaaf lagi maha Pengampun".

* Apabila melakukan kesalahan kepada Allah, hendaklah bertaubat. Jika bersalah kepada manusia, hendaklah memohon maaf. Oleh itu, kita hendaklah memberi dan memohon maaf antara satu sama lain.

* Jalan Ke Pintu Syurga
- Sebagai seorang Islam, kita hendaklah mengetahui dan mengenal cara memohon keampunan kepada Allah. Antaranya:-
1. Bersungguh-sungguh memohon keampunan Allah.
2. Menginsafi dosa-dosa lalu.
3. Meninggalkan dosa-dosa kecil.
4. Selalu beristighfar dan melakukan amalan-amalan sunat.
5. Berazam tidak mengulangi dosa besar.

* Kesan beriman dengan sifat al-Affu dan al-Ghafur Allah

1. Berakhlak mulia
2. Mendapat ketenangan jiwa
3. Dihormati masyarakat
4. Mendapat rahmat Allah
5. Redha dengan ketentuan

Al-Kariim

Al-Kariim

* Erti : Al- Kariim ialah Allah Maha Mulia kerana memberikan kebaikan dan nikmat kepada semua makhluk.

* Dalil : Surah an-Naml ayat 40 yang bermaksud " Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah".

* Manusia wajib mempercayai Allah bersifat al-Kariim kerana Pemurah-Nya dan memberikan nikmat yang terlalu banyak walaupun tanpa diminta.

* Cara memuliakan Allah
1. Mentaati perintahh Allah dan menjahui larangan-Nya.
2. Sentiasa mengingati Allah.
3. Bersyukur dengan nikmat Allah.
4. sederhana dalam kehidupan.
5. Sentiasa menghormati orang lain.

* Kesan beriman dengan sifat al-Kariim
1. Bersimpati dengan kesusahan orang lain.
2. menjadi orang yang sentiasa bersyukur.
3. Mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
4. Di sayangi kawan-kawan.
5. Hiidup diberkati Allah.

Malaysiaku makmur

kampungku permai

Bahasaku Indah

Surah al-Kafirun

Surah al-kauthar

Surah al-maun

Surah Surah al-Quraish