9 KESILAPAN TIDAK DISEDARI IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK
Melentur buluh, biar dari rebung.Pendidikan awal bermula dari rumah.Begitulah antara kata-kata yang seringkali dikaitkan dengan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.
Sebagai ibu bapa, anda tentu inginkan anak-anak sama ada dari segi pendidikan, makan, minum dan segala keperluan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, sedar atau tidak, ada kalanya terdapat perkara-perkara yang anda lakukan atau buat menyimpang dari tujuan asal anda sebagai ibubapa ingin berikan dalam kehidupan anak-anak. Malah, kesilapan inilah yang secara tidak langsung mendorong anak-anak untuk berbuat perkara sama pada masa-masa akan datang kerana menganggap ia bukan satu kesilapan atau kesalahan. Antaranya ialah;
1. Abai Pendidikan Rohani
Memang tidak dinafikan pendidikan dari rumah (ibubapa). Walaubagaimanapun, sesetengah ibu bapa bukan sedikit yang mengabaikan pendidikan rohani terhadap anak-anak mereka, sebaliknya membiarkan mereka membesar mengikut segala kemahuan sendiri sehingga akhirnya menyebabkan mereka bersikap di luar kawalan.
2. Penuhi Kehendak Anak-anak
Tidak salah memenuhi permintaan anak-anak, misalnya untuk mengadakan majliis hari lahir, membelikan pakaian, permainan dan sebagainya, tetapi biarlah mengikut kemampuan dan keperluan. Jangan penuhi segala-galanya kerana ia mungkin akan membuatkan anak-anak kecewa sekiranya permintaan ini tidak dapat dipenuhi.
3. Berhutang demi penuhi kehendak anak-anak
Juga tidak salah memanjakan anak-anak, tapi jangan sampai berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka ini. Cara ini mungkin akan menyebabkan anak-anak membesar dan berfikir bahawa berhutang merupakan salah satu gaya hidup kerana ibu bapa mereka juga berhutang untuk mendapatkan sesuatu.
4. Ambil tanggungjawab
Anda biasakan diri mengambil tanggungjawab memungut atau mengambil barang-barang yang anak-anak anda sepah atau lemparkan di lantai. Sebenarnya cara ini secara tidak langsung mendidik anak-anak itu untuk melemparkan tanggungjawabnya walaupun kecil kepada orang lain.
5. Perkataan tidak baik
Anak-anak di peringkat sedang membesar memang mudah belajar atau kebanyakan orang kata 'cepat tangkap'. Malah, buukan sedikit anak-anak yang belajar perkataan-perkataan kotor atau tidak senonoh daripada pembantu rumah atau orang-orang sekitarnya termasuk anda sendiri. Anda tidak menegur anak-anak yang bercakap menggunakan perkataan kotor atau sebaliknya membiarkan saja malahan anda mungkin ketawa mendengar mereka bercakap demikian. Hal ini boleh membuatkan mereka mengulanginya.
6. basuh bekas makanan
Satu lagi kesilapan ibubapa adalah tidak mendidik anak-anak untuk mengemas atau membasuh sendiri pinggan mangkuk atau bekas makanan/minuman mereka sebaliknya segala tanggugjawab ini anda selesaikan sendiri sambil membiarkan saja anak-anak menghabiskan masa menonton TV atau bermain komputer.
7. Bela anak-anak bergaduh dengan teman-teman
Perkara inilah yang sering membuatkan anak-anak'naik kepala'. Apabila ada anak-anak mengadu bergaduh dengan kawan-kawannya di sekolah mahupun di kejiranan tanpa usul periksa, anda akan membela anak-anak anda dan menyalahkan pihak lagi satu.
8. Marah anak tanpa sebab jelas
Perkara sebegini mungkin boleh dikaitkan dengan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Tanpa sebab musabab yang jelas, anda memarahi anak-anak sehingga menakutkan mereka. Ia secara tidak langsung memberi impak psikologi terhadap mereka dan jangan terkejut jika suatu hari nanti mereka akan berfikiran dangkal dan suka membuat onar.
9. Memaafkan kesalahan anak
Orang kata, sayangkan anak tangan-tangankan, sebaliknya ramai di kalangan ibu bapa yang sayangkan anak tetapi membiarkan anak-anak terus hanyut melakukan kesilapan dan kesalahan malah turut memaafkan anak-anak setiap kali mereka melakukan kesilapan. Jangan sampai anak anda jadi seperti 'Anakku Sazali'.
Sumber: majalah wanita 2011
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteperkongsian yang amat baik
Delete