Falsafah Pendidikan Islam

dan
kesejahteraan abadi di akhirat.
Berdasarkan pernyataan Falasafah Pendidikan Islam
di atas, maka kita dapat fahami dan ketahui bahawa Falsafah Pendidikan Islam
ialah suatu usaha yang berterusan di dalam proses menyampaikan ilmu, membentuk
kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As Sunnah
sepanjang hayat. Falsafah Pendidikan Islam bermatlamat untuk
melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan
berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah ke arah menjadi hamba dan
khalifah Allah yang bertakwa. Di samping itu ia juga bertujuan untuk
meghasilkan insan yang yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan
bersikap positif untuk mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.
Dasar penggubalan Falsafah
Pendidikan Islam dan juga sukatan pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini adalah kerana untuk menjamin supaya
sesuatu dasar pendidikan yang digubal itu tidak hilang matlamat asalnya iaitu
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Di samping itu, beberapa
tujuan Pendidikan Islam ialah:-
i)
Untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia,
ii)
Persiapan untuk kehiduppan dunia dan kehidupan
akhirat,
iii)
Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan
darisegi kemanfaatan,
iv)
Menumbuhkan roh ilmiah kepada para pelajar dan
memuaskan keinginan erti untuk mengetahui,
v)
Menyiapkan para pelajar dari segi professional
teknikakan perusahaan supaya ia dapat menguasai profession tertentu, supaya ia
dapat mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan muliadi samping memelihara
dari segi kerohanian dan keagamaan.
No comments:
Post a Comment
Sila Komen